Change? Perubahan? Hijrah....?
Teringin, ada terdetik rasa nak berhijrah. Bila aku tengok sahabat2 sisters2 yg dah berhijrah, aku nampak diorang tenang, aku nampak mereka bahagia. Anehkah kalau aku inginkan benda yang sama? Tak kan?. Tapi kelakar, lucu aku rasakan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas pulang dari bumi Uthmaniyyah itu baru perasaan ini datang? Kelakar, kalau dikonklusikan bahawa dialah penyebabnya. Lucu, kalau perasaan ini akhirnya cuma hangat-hangat tahi ayam.
Tangan kiri masih menggengam hidupku yg kini; jahil, hitam dibaluti nafsu duniawi. Tapi indah aku rasakan. Cool, sepertimana yang aku selalu impikan. Hanya dengan sebegini aku mampu mendekati semua orang yang cuba menjauhi aku dengan menjadikan kain di kepalaku sebagai alasan bahawa aku tidak cukup cool atau terbuka menerima gaya hidup mereka. Ya, dengan kain dikepalaku, kain yang menjadi satu-satunya lambang agamaku dihadapan sahabat yg berlainan kepercayaan, aku cuba mendekati mereka dan melangkah masuk sempadan yang telah ditetapkan. Bisous? Pub? It's not a big deal. As long as I'm not seen as someone narrow-minded, as long as I'm considered cool and easy-going enough. As long as I'm not just another typical muslim girl in their belief, the stereotyped one.
Tangan kanan? Kosong, masih kosong. Tapi lately, ku rasakan perlahan-lahan jari jemariku cuba menggapai sesuatu. Sesuatu yang aku tak pernah ada selama ini. Terdetik, terjentik hati ini untuk mencuba mencari sesuatu. Tapi, demi menggapai sesuatu itu, aku harus melepaskan genggaman tangan kiriku; yang sudah cukup sebati dengan hidupku, yang cukup aku sayangi dan yang aku sangat-sangat ingini. Aku ingin berubah, tapi aku tak sanggup meninggalkan hidup aku yang kini.
Aku tak tahu, bingung, buntu. Apa harus aku lakukan? Aku risau, kalau ini cuma hangat-hangat tahi ayam. Kau tahu, aku bukan orang sebegini. Aku bukan seorang yang memegang pada sesuatu sehingga ke penghujungnya.
Entah. Aku tak tahu. Kiri atau Kanan?
No comments:
Post a Comment